JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA - ShopperManiac JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA - ShopperManiac

Panas!

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

 JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA


JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak mahu mengambil tahu tentang spesis lipas yang ada di Malaysia. Terdapat 11 spesis lipas yang boleh dijumpai di rumah, pejabat, restoran dan bangunan di Malaysia. Akan tetapi hanya lapan daripadanya mampu mencetuskan serangan di tempat-tempat tersebut. Selebihnya, mungkin diperkenalkan ke dalam bangunan kerana tarikannya kepada cahaya pada waktu malam. 


Berikut adalah merupakan spesis-spesis lipas yang mungkin anda lihat setiap hari sama ada di rumah, pejabat atau mungkin berhampiran anda:

1) Lipas Amerika (Periplaneta Americana)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas Amerika atau panggilan saintifiknya Periplaneta Americana adalah merupakan spesis terbesar, mempunyai kitaran hidup terpanjang dan selalunya dianggap sebagai makhluk perosak. 


Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di sekitar isi dan luar rumah terutamanya di bahagian dapur. Spesis ini juga dapat bergerak dengan pantas dan mampu masuk ke celah lubang-lubang kecil walaupun ukurannya yang cukup besar. 


Lipas Amerika boleh dianggap sebagai salah satu serangga terpantas apabila bergerak dan boleh terbang. Debu rumah yang mengandungi najis lipas dan bahagian badan spesis ini mampu memberi reaksi alergi dan asma pada individu tertentu.

2. Lipas Jerman (Blattella Germanica)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Seterusnya, spesis Blattella Germanica atau Lipas Jerman adalah merupakan spesis lipas yang kecil sekitar 1.1cm hingga 1.6cm saiz badannya. 


Spesis ini mempunyai sayap akan tetapi spesis ini tidak biasa untuk terbang walaupun terdapat ancaman. 


Daripada beberapa spesis lipas yang wujud di Malaysia, berkemungkinan spesis ini adalah contoh yang paling menyusahkan. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di kawasan rumah, restoran, hotel, dan institusi seperti tempat asuhan kanak-kanak. Species ini juga membiak lebih cepat berbanding spesis lipas yang lain.


3) Lipas Perang (Periplaneta Brunnea)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas Perang atau Periplaneta Brunnea mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan Lipas Amerika tetapi mempunyai warna yang lebih gelap dan lebih lebar. 

Spesis ini berwarna coklat kemerah-merahan dan biasanya panjang badan spesis ini bersaiz sehingga 4cm. Spesis ini kebiasaannya dapat dijumpai di sekitar isi dan luar rumah.

Dapatkan Spray Menghalau Lipas DiKereta Anda


4) Lipas Australia (Periplaneta Australasiae)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas Australia, juga mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dengan Lipas Amerika sehingga spesis ini sukar untuk dikenalpasti samaada ia adalah spesis Amerika atau Australia. 


Tetapi, jika dilihat dari segi saiz spesis ini lebih kecil dan mempunyai corak berwarna kuning di bahagian kepala dan di bahagian sisi sayapnya.Sifatnya juga hampir sama seperti lipas Amerika, dimana ia juga bergerak dengan pantas dan mampu masuk ke celah lubang-lubang kecil walaupun ukurannya yang cukup besar dan kebiasaannya aktif pada waktu malam di sekitar isi dan luar rumah.


Kebiasaannya, lipas Australia akan dijumpai di dalam rumah untuk mencari makanan atau tempat tinggal, tetapi ketika cuaca panas ia akan mencari kawasan-kawasan yang sejuk seperti pejabat.Spesis ini juga lebih memilih tumbuh-tumbuhan sebagai makanan.

5) Lipas Udang Karang (Nauphoeta Cinerea)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA
Lipas Udang Karang atau Nauphoeta Cinerea adalah spesis yang mempunyai sayap tapi tidak dapat terbang dan hanya menggunakan sayapnya ketika terjatuh atau melompat supaya dapat mendarat dengan selamat. 

Saiz ukuran bagi spesis ini adalah 2.5cm sehingga 3.5cm untuk yang dewasa, manakala 4mm X 2mm bagi ukuran semasa kecil. Spesis ini diklasifikasikan sebagai spesis yang memanjat dan melompat, tetapi spesis ini lebih suka menggali untuk menyembunyikan diri daripada memanjat ke celahan dinding. 

Spesis ini juga merupakan sebagai antara serangga terpantas apabila bergerak dan kebiasaannya ditemui di sekitar isi rumah dan di kedai-kedai runcit.

6) Lipas Harlequin/Warna-Warni (Neostylopyga Rhombifolia)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas warna-warni atau Lipas Harlequin adalah antara spesis lipas yang kebiasaannya dijadikan sebagai peliharaan oleh kerana warna dan coraknya yang menarik dan cantik.


Spesis ini juga mampu bergerak pantas termasuk pada permukaan licin. Lipas Harlequin ini juga mampu untuk menghasilkan bahan kimia yang berbau untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa dan oleh kerana itu spesis ini jarang digunakan untuk mengumpan atau memberi makan haiwan-haiwan reptilia yang liar atau peliharaan. Kebiasaanya, Spesis ini dijumpai di sekitar isi dan luar rumah.

7) Lipas Berjalur Perang (Supella Longipalpa)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas berjalur perang adalah merupakan spesis domestik kecil yang menghabiskan jangka hayatnya di dalam isi rumah terutamanya di kawasan-kawasan yang kering. 


Lipas berjalur perang mempunyai bentuk rupa yang hampir sama dengan lipas Amerika akan tetapi ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan warnanya yang lebih kepada coklat terang. 


Spesis ini juga di panggil sebagai "lipas perabot", kerana ia gemar bergerak secara menyeluruh di dalam rumah walaupun persekitaran rumah tersebut tidak mempunyai sumber makanan.Tempat yang digemari spesis ini adalah di bawah katil, sebalik meja dan di belakang gambar-gambar yang digantung.

8) Lipas Licin (Symploce Pallens)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas Licin adalah spesis lipas makhluk perosak yang baru dan lazimnya berada di kawasan penyediaan makanan seperti di kawasan rumah, hotel dan restoran-restoran. 


Spesis ini mampu mencemarkan makanan dengan hanya meninggalkan kulit mereka pada makanan tersebut. Perkara ini boleh membawa kepada alergi dan penyakit lain seperti asma terutamanya terhadap kanak-kanak.

9) Lipas Surinam (Pycnoscelus Surinamensis)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas Surinam kebiasaannya dijumpai berkeliaran di rumput pada waktu siang dan malam,kebiasaannya lebih aktif pada waktu malam. 


Spesis ini juga lebih memilih kawasan yang lembab,gelap dan hangat seperti di dalam lubang pokok,kayu balak dan dicelah-celah rumput dan mempunyai permukaan badan yang berkilat. 


Lipas Surinam juga adalah merupakan satu-satunya spesis yang mampu membiak secara Parthenogentically, dimana betina menghasilkan betina tanpa jantan. 

10) Lipas Padang (Blattella Vaga)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Spesis lipas padang mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan lipas Surinam dimana ia aktif pada waktu malam dan bersembunyi di sebalik rumput-rumput pada waktu siang. 


Spesis ini selalunya akan terbang secara pantas apabila terasa terancam dan hampir menyerupai kupu-kupu semasa terbang. 


Spesis ini juga akan tertarik dengan cahaya pada waktu malam terutamanya lampu rumah atau kenderaan,tetapi spesis ini tidak boleh hidup lama di kawasan dalaman rumah atau kenderaan.

11) Lipas Dubia (Blaptica dubia)

JENIS-JENIS LIPAS DI MALAYSIA

Lipas Dubia atau Blaptica Dubia juga adalah merupakan spesis lipas yang dijadikan peliharaan dan tujuan mengumpan atau memberi makanan haiwan reptilia kebiasaannya.


Spesis ini tidak boleh memanjat dan mampu mengeluarkan bau yang tidak terlalu kuat untuk mempertahankan diri daripada ancaman.Oleh kerana itu, spesis ini digemari haiwan reptilia


Bacaan Lain:




Racun Pembunuh Lipas

Racun Pembunuh Lipas


12 Pcs Cockroach Gel Bait Terminator / Perangkap Gel Untuk Lipas / Cockroach Killer



Car Anti-Bacteria Agent Cekap Membunuh Serangga / Lipas Kereta dan Rumah / Penyembur Kereta