Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari - ShopperManiac Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari - ShopperManiac

Panas!

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

 Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari
Sumber : Mohd Zarin.com

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang terbukti mampu membakar kalori dengan banyak dalam tempoh masa yang pendek. Ianya terbukti apabila saya sendiri dulu pernah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30KG bermula dengan senaman skipping. 

Saya bermula dengan berat badan 105KG dan selama 2 tahun akhirnya saya mendapat berat ideal iaitu 75KG. Tetapi selepas berakhirnya PKP baru-baru ini berat badan saya mula naik semula kerana tidak sempat bersenam dan tidak menjaga pemakanan kerana banyak menghabiskan masa di rumah dengan makan dan tidur. 

Berat badan saya naik sehingga 7-8KG dalam tempoh 3-4 bulan. Oleh kerana itu, bermula Ogos 2020 saya berhasrat dan berazam untuk memulakan cabaran menurunkan berat badan semula dengan cabaran skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari.

Cabaran skipping 2,000 setiap hari

Sebelum saya teruskan berkongsi pengalaman saya membuat 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari, saya ingin beritahu kepada pembaca semua yang mana saya memang sudah kerap melakukan skipping. Saya sudah biasa melakukan 1,000-2,000 skipping sehari tetapi tidak pernah melakukannya secara konsisten selama sebulan. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya atapun terfikir mungkinkah seseorang melakukan skipping sebanyak itu. Ada orang yang nak buat 100 skipping pun sudah minta nyawakan? Inikan pula 2,000 skipping.

Ya, ianya possible dilakukan sekiranya sudah biasa dan tahu teknik asas skipping.

Secara puratanya untuk melakukan 2,000 skipping menggunakan speed rope saya mengambil masa sekitar 30-40 minit. 

Ianya bukanlah 2,000 skipping secara berterusan tetapi saya pecahkan kepada beberapa set. Contohnya saya buat 100 skipping dan rehat sekitar 30-60 saat sebelum menyambung set yang seterusnya. Untuk 2,000 skipping ini pula biasanya membakar sekitar 300-360 kalori. Banyak tak tu?

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Cara kira 2,000 skipping

Untuk kira berapa jumlah skipping yang saya lakukan sebenarnya saya boleh kira secara manual tetapi 2,000 tu terlalu banyak dan takut salah kira. Jadi saya menggunakan aplikasi yang dipanggil YaoYao yang terdapat di dalam Apple Watch saya. Aplikasi ni mampu mengira jumlah lompatan dengan mengira pusingan pergelangan tangan setiap kali saya membuat lompatan. Data kiraannya sangat bagus namun begitu biasanya saya akan buat lebih lompatan sedikit kerana YaoYao akan mengira semua pusingan pergelangan tangan termasuk ketika tidak melakukan lompatan.

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Selain itu, data dari aplikasi YaoYao juga amat berguna seperti data heart rate serta berapa jumlah kalori yang terbakar. Jadi setiap kali selesai 2,000 skipping saya, saya dapat tahu kualiti dan apakah perkara yang perlu saya perbaiki pada masa akan datang.

Konsisten adalah kunci utama

Pada minggu pertama saya memang rasa sangat penat dan agak sukar untuk bahagikan masa melakukan 2,000 skipping setiap hari. Ada hari yang saya buat pada waktu pagi dan ada kalanya saya buat pada waktu malam. 

Walaupun penat, namun saya teruskan cabaran ini setiap hari. 2,000 skipping yang pada awalnya mengambil masa 30-40 minit untuk diselesaikan semakin lama ianya menjadi semakin mudah bagi saya. Saya hanya mengambil masa sekitar 20-30 minit sahaja pada minggu ke 2 untuk menghabiskan 2,000 jump rope setiap hari kerana sudah terbiasa dengan rutin harian ini.

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hariSkipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Saya dapati apabila 2,000 skipping sudah menjadi rutin harian saya, ianya menjadi sangat mudah untuk diselesaikan. 

Kadar pembakaran kalori harian juga semakin rendah kerana seperti yang saya bagitau ianya sudah menjadi mudah bagi badan saya. Oleh sebab itu, pada minggu ke 3 saya mula tambahkan jumlah skipping saya dan ada kalanya mencecah 4,000-5,000 skipping sehari. Ianya mengambil masa lebih 1 jam untuk diselesaikan.

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Untuk 4,000 skipping ataupun dalam tempoh 1 jam, secara puratanya saya membakar lebih dari 600 kalori pada setiap sesi skipping saya. Oleh itu untuk minggu terakhir saya terus melakukan lebih dari 2,000 skipping dan ada kalanya saya menggunakan skipping rope jenis berat. Ianya memang memenatkan tetapi saya puas hati setiap kali selesai habis sesi skipping.

Macam mana pula dengan rehat? Oleh kerana ini adalah cabaran 30 hari, jadi saya tiada hari untuk rehat. 

Saya skipping setiap hari tanpa ada hari cuti. Tapi apa yang saya lakukan adalah, ada hari yang saya skipping secara intense iaitu lebih dari 2,000 skipping dan ada hari yang saya skipping secara santai iaitu skipping secara perlahan dan tidak terlalu push. 

Dengan cara ini saya cuba untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang mungkin akan terjadi. Selain itu juga, saya mengamalkan pengambilan protein yang cukup setiap hari supaya muscle saya cepat recovery untuk session skipping yang seterusnya. Alhamdulillah, selepas selesai saja cabaran 30 hari ini saya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dapatkan Skipping Rope Terbaik - KLIK SINI

Result

Tujuan utama saya memulakan cabaran ini sudah tentulah untuk menurunkan berat badan. Jadi selepas selesai cabaran 30 hari 2,000 skipping ini, akhirnya saya telah berjaya mengurangkan sebanyak 3KG berat badan. 

Walaupun pada awalnya berharap untuk turunkan lebih banyak lagi, tetapi ini pun sudah memadai bagi diri saya yang agak sukar untuk turunkan berat badan. Selain bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan, faktor penting lain untuk turun berat badan adalah pemakanan dan juga rehat yang cukup. Untuk cabaran saya kali ini, sudah tentu saya tidak mempunyai rehat yang cukup kerana harus bersenam setiap hari. Dari segi pemakanan pula, saya tidak kawal dan tidak mengira kalori harian saya secara terperinci.

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Tapi apa-apapun cabaran 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari ini telah mengubah hidup saya kepada lebih aktif. Tak pernah saya bersenam 30 hari tanpa henti dalam hidup saya. 

Ianya sedikit sebanyak telah melatih saya untuk merancang dan membahagikan masa untuk bersenam. Kalau tak cukup masa sekalipun, saya akan paksa untuk cuba wujudkan masa melakukan cabaran ini. Kualiti skipping saya pula semakin baik dan ianya telah meningkatkan kardiovaskular saya.

Skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari

Terima kasih kerana telah membaca perkongsian tentang cabaran saya ini. Anda juga boleh tonton video saya disepanjang cabaran 2,000 skipping setiap hari ini di YouTube Channel saya