MASTERCLASS BLOG SHOPPERMANIAC 2024 - MasterClass ShopperManiac

MASTERCLASS BLOG SHOPPERMANIAC 2024

MASTERCLASS BLOG SHOPPERMANIAC 2024
Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac


Sebelum saya menerangkan MasterClass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac. Kami akan menerangkan dengan lengkap persoalan yang sering ditanya ramai pihak:

Content:
  • Blog Akan Mati
  • Blog Tidak Akan Mati
  • Jenis-jenis Website
  • Kenapa Anda Harus Memiliki Blog
  • Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

Pada masa kini ramai yang menyatakan bahawa blog atau website telah mati. Terdapat banyak sebab mengatakan blog telah mati dan terus terang saya katakan jika dilihat secara kasar, blog semakin sukar dan berpotensi mati. Ini dapat dijelaskan melalui 3 sebab sahaja:

Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

BLOG AKAN MATI

Perubahan Google

Kekerapan Google membuat perubahan besar dalam algoritma mereka terutama Helpful Content dan Spam menyebabkan ramai pemilik blog kecundang dari segi trafik yang teruk. Malah dilihat ada blog yang tidak sepatutnya mendapat trafik yang tinggi mendapat trafik yang tinggi. 

Saya tidak salahkan Google dalam hal ini kerana mereka sekarang tengah kusut dengan AI dan pada masa yang sama mahu mengekalkan Google sebagai enjin carian mesra kepada pengguna mereka.

SGE iaitu Enjin carian AI terbaru Google telah memendekkan ruang carian pengguna di enjin carian pertama. Pengguna kini diberikan jawapan secara terus di hadapan enjin carian Google tanpa perlu anda klik pada blog tersebut. Dan potensi untuk blog untuk mendapat klik ke blog mereka semakin rendah. Ini menyumbang kepada pengurangan drastik pada trafik.
May 2023, Google unveiled the Search Generative Experiences (SGE), an innovative AI-powered search model
Selain itu kerjasama Google dengan Reddit dimana Google membayar Reddit untuk mendapatkan data dari forum mereka untuk memudahkan model AI mereka belajar. Tetapi apabila Reddit bekerjasama dengan Google, anda dapat lihat melalui carain di laman pertama yang keluar ialah SGE dan Reddit. Manakala blog atau artikel anda berada jauh ke dibawah. Ini juga menyumbang kepada penurunan trafik ke blog anda.

Keujudan AI

Semua sedia maklum apabila OPEN AI melancarkan Chat GPT iaitu sebuah enjin carian AI telah mengegarkan dunia internet dimana carian anda amat mudah dengan hanya bertanya di Chat GPT melalui prompt tertentu. Dan ramai yang menggunakan Chat GPT selain membuat carian mereka gunakan untuk membuat kajian, menulis artikel dan mencari maklumat dengan Chat GPT. Blog semakin terabai disebabkan carian lebih mudah dilakukan dengan Chat GPT sahaja,

Chat GPT is an artificial intelligence program that generates dialogue. Created by Open AI, this high-capable chatbot uses machine learning algorithms to process and analyze large amounts of data to generate responses to user inquiries.

Keujudan Media Sosial Enjin Carian

Keujudan media sosial sebagai penganti enjin carian memberi tekanan pada blogger, sebagai contoh yang terbaik ialah Tik Tok. Jika anda mahu mencari maklumat isu semasa, anda hanya perlu buat carian di tik tok dan anda akan perolehi segera video yang menerangkan tentang isu yang anda cari. Malah Tik Tok membenarkan pengguna muat naik video 10 minit adalah amat menarik untuk mereka yang membuat konten edukasi atau serius.

Secara tak langsung, ramai yang akan memilih Tik Tok sebagai carian utama dan blog anda sekali lagi kehilangan trafik melalui perubahan budaya ini.
Atas sebab ni ramai yang mengatakan blogger akan mati tetapi ramai pihak sebaliknya akan mengatakan blog semakin kuat.

DAN saya setuju dengan pendapat blogger tidak akan mati berdasarkan maklumat dibawah ini.

Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac


BLOG TIDAK AKAN MATI

Blogger merupakan marketing tertua dan masih releven

Apabila anda berada terlalu lama di dunia blogging, anda akan mendengar setiap tahun blog akan mati. Dan dunia blogger telah lama melalui pelbagai ranjau sepanjang perubahan dunia internet ini tetapi hingga kini ia masih lagi releven. 30 tahun telah berlalu dan ia masih bertahan dan dengan perkembangan terkini, adakah anda yakin blog akan mati.
The first blog, Links.net, was created in 1994 by Justin Hall, a student at Swarthmore College. However, he called it his personal homepage because the term "blog" hadn't been coined yet. In 1997, Jorn Barger created the blog Robot Wisdom and coined the term "weblog". Peter Merholz later shortened the term to "blog" in 1999 by jokingly breaking the word "weblog" into the phrase "we blog" in the sidebar of his blog, Peterme.com. Since then, blogging has become a popular way for people to share information, express their thoughts, and earn money
Blog tidak akan mati cuma cara untuk mendapatkan trafik ke blog anda tidaklah semudah 30 tahun, 20 tahun atau 10 tahun yang lalu. Kita akui blog semakin sukar tetapi tidak akan mati. Teknik untuk bermain dengan SEO dan membuat konten pasti akan berubah tetapi blog tidak akan mati.


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

Sosial Media Tidak akan membunuh Blog

Sosial media yang pertama didunia ialah pada tahun 1997 ialah Six Degree dan kemudian tutup pada tahun 2001. Dan banyak sosial media yang lain juga yang tersungkur tetapi blog masih lagi kekal kuat hingga ke hari ini. Sosial media sebenarnya adalah satu trend dan mempunyai luput masa yang tertentu sebelum diganti oleh aplikasi yang lain.

Tik Tok adalah sosial media dan fungsi utamanya adalah membuat trending bukan berkongsi ilmu atau maklumat seperti blog. Trending adalah budaya tetapi ilmu adalah berkekalan yang mampu diberikan oleh blogger.

Google memerlukan Blog

Pada masa kini Google amat memerlukan blogger berada di dunia internet. Ini kerana mereka mahu menggunakan setiap website yang mempunyai helpful content atau EEAT digunakan untuk mengajar Ai mereka. Sebagai mana mereka sanggup membayar Reddit untuk berkongsi data untuk mempercepatkan Ai mereka belajar sebegitulah pentingnya blogger.

Dengan sisten algoritma mereka yang semakin pandai mencari konten yang baik maka blogger yang memberi ilmu berdasarkan algoritma Helpful Content dan EEAT akan cepat tersenarai dalam enjin carian pertama. Buat permulaan sememangnya ada sedikit “bug” tetapi saya yakin google akan mempekemaskan algoritma mereka sedikit demi sedikit sepertimana dari tahun 2022 mereka rancak mengubah algoritma mereka hingga kini.

AI tidak akan membunuh blogger

Inilah dilemma yang dihadapi oleh Google. Perkembangan Ai mereka harus ambil kira kerana mereka tahu AI akan menguasai dunia dan kami juga tahu AI akan menguasai dunia internet. Bukan pada masa terdekat ini tetapi pasti dalam masa 10 tahun akan datang. Jika mereka tidak cepat mengejar Ai maka Google akan tertinggal.

Namun anda kena ingat AI belajar melalui data yag diberikan oleh Google dan data tersebut diperolehi melalui blog atau forum di dunia internet. Maka blog maih diperlukan untuk input data pembelajaran kepada AI.

Google Sebuah Syarikat

Google merupakan sebuah Syarikat yang mencari pendapatan mealui iklan. Dengan hasil pendapatan setahun Google pada tahun 2023 sebanyak 305.63 billion U.S. dollars adakah mereka akan buang keuntungan mereka hanya untuk adaptasi AI kepada pengguna secara percuma. Pendapatan utama Google melalui pengiklanan dimana iklan mereka di letakkan di blog -blog secara amnya.

Dan kebanyakan pembina website pula pendapatan mereka bergantung pada iklan dan mereka menjana pendapatan bergantung pada trafik yang masuk ke blog mereka.

Pendek kata Google dan Blogger saling memerlukan dan kedua-duanya menjana pendapatan melalui pengiklanan .
Bayangkan jika blog telah mati Iklan yag mampu di masukkan oleh Google ialah melalui SGE sahaja.

Inilah dilemma yang dialami oleh Google yang mahu bersaing di dunia teknologi dan pada masa yang sama menjaga keuntungan mereka.

Google Adalah Enjin Carian

Google adalah enjin carian bermaksud memberi maklumat terkini kepada pencari maklumat dan untuk pengetahuan trafik sehari ke Google ialah 8.5 billion. Dan carian tersebut bukan di berikan oleh Google tetapi melalui komuniti atau individu yang menyumbang nilai pengetahuan mereka melalui blog. Dan Google memberi imbuhan kepada mereka melalui iklan.

Dan Google pula akan gunakan 8.5 billion orang yang mengguna Gogglesetiap hari dengan menjual iklan. Ini adalah pasaran yang cukup hebat dan adakah Google akan berhenti menjadi sebuah enjin carian.

Untuk pengetahuan anda terdapat 600 juta blog terdapat di Google dan bayangkan maklumat yang boleh Google berikan pada pengguna mereka. Google kena jaga kesemua blogger ini untuk kekalkan momentum ilmu dan maklumat yang mampu diberikan oleh mereka.

Pendek kata blog akan mati adalah satu mitos dan blog masih lagi releven untuk anda dlaam bisnis online atau personal.


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

JENIS-JENIS WEBSITE

Website terbahgai kepada 3 bahagian :
  • Statik
  • Dinamik
  • E-Commerce
Berikut adalah penjelasan mengenai perbezaan dan persamaan antara tiga jenis website: statik, dinamik, dan e-dagang (E-Commerce):

Website Statik

Website statik terdiri daripada halaman-halaman web yang kandungannya tetap dan tidak berubah-ubah kecuali diubah suai secara manual oleh pembangun laman web.

Ciri-ciri:
  1. Kandungan Tetap: Setiap pengguna akan melihat kandungan yang sama.
  2. HTML dan CSS: Biasanya dibina menggunakan HTML dan CSS sahaja, tanpa interaktiviti yang kompleks.
  3. Mudah Dibangunkan: Mudah untuk dibangunkan dan dihoskan kerana tidak memerlukan server-side processing.
  4. Kos Rendah: Kos pembangunan dan penyelenggaraan yang rendah.
  5. Kelajuan: Biasanya lebih laju kerana tidak perlu memproses permintaan di server.
Contoh: Landing Pages / Sales Pages

Website Dinamik

Website dinamik mempunyai kandungan yang boleh berubah-ubah berdasarkan interaksi pengguna atau faktor lain seperti waktu, lokasi, dan sejarah pelayaran pengguna.

Ciri-ciri:
  1. Interaktif: Pengguna dapat berinteraksi dengan laman web dan mendapatkan kandungan yang berbeza berdasarkan input mereka.
  2. Server-side Processing: Menggunakan bahasa pengaturcaraan server-side seperti PHP, ASP.NET, atau Python untuk memproses data dan menghasilkan kandungan yang diperibadikan.
  3. Pengurusan Kandungan: Biasanya mempunyai sistem pengurusan kandungan (CMS) seperti WordPress yang membolehkan kandungan diubah suai dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam.
  4. Pengguna Boleh Berdaftar: Mempunyai fungsi seperti pendaftaran pengguna, log masuk, dan profil pengguna.
  5. Kos Lebih Tinggi: Kos pembangunan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding laman web statik.
Contoh : Blog

Website E-Dagang (E-Commerce)

Website e-dagang direka khusus untuk membeli dan menjual produk atau perkhidmatan secara dalam talian.

Ciri-ciri:
  1. Fungsi Jual Beli: Menyediakan platform untuk pengguna membeli produk atau perkhidmatan, termasuk keranjang belanja, pembayaran online, dan pengurusan pesanan.
  2. Pengurusan Inventori: Mempunyai sistem untuk mengurus inventori, harga, dan promosi.
  3. Keselamatan Tinggi: Memerlukan langkah-langkah keselamatan yang tinggi untuk melindungi maklumat pengguna dan transaksi kewangan.
  4. Integrasi Pembayaran: Integrasi dengan pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, PayPal, dan transfer bank.
  5. Pengurusan Pengguna: Termasuk pendaftaran pengguna, log masuk, sejarah pesanan, dan keutamaan pengguna.Dinamik: Biasanya juga merupakan website dinamik kerana memerlukan interaksi dan pemprosesan data yang kompleks.
  6. PersamaanAkses Melalui Web: Ketiga-tiga jenis website boleh diakses melalui pelayar web menggunakan URL.
  7. Teknologi Web: Menggunakan teknologi asas web seperti HTML, CSS, dan JavaScript.
  8. Reka Bentuk Responsif: Kebanyakan website hari ini direka untuk responsif kepada pelbagai jenis peranti seperti telefon pintar, tablet, dan komputer.
Contoh : E-Commerce
URL : Shoppermaniac Store (until Jan 2025 will closed)


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

KENAPA ANDA HARUS MEMILIKI BLOG

Memiliki blog pada masa kini mempunyai banyak kelebihan yang boleh memberi manfaat dalam pelbagai aspek kehidupan peribadi dan profesional. Berikut adalah lima sebab mengapa anda wajib mempunyai blog:

Personal Branding (Penjenamaan Diri)

Blog adalah platform yang ideal untuk menunjukkan kepakaran anda dalam bidang tertentu. Melalui penulisan artikel yang informatif dan bermutu tinggi, anda boleh membina reputasi sebagai pakar dalam industri anda. Dengan berkongsi pandangan, pengalaman, dan ilmu pengetahuan, anda dapat membangun identiti dalam talian yang kuat. Ini membantu meningkatkan pengaruh dan menarik perhatian peluang profesional atau kerjasama.

Networking dan Komuniti

Blog memberi anda peluang untuk berinteraksi dengan individu yang mempunyai minat atau profesion yang sama. Ini boleh membawa kepada kolaborasi, pertukaran idea, dan sokongan komuniti yang kukuh. Dan melalui blog, anda mungkin menarik perhatian pihak-pihak yang berminat untuk bekerjasama, seperti syarikat, organisasi, atau individu yang mencari kemahiran atau pengetahuan yang anda miliki.

Pembelajaran dan Peningkatan Diri

Menulis blog secara berkala membantu memperbaiki kemahiran menulis dan menyusun pemikiran anda dengan lebih teratur dan jelas. Untuk menulis artikel yang bermaklumat dan relevan, anda perlu melakukan penyelidikan yang mendalam. Ini secara tidak langsung membantu anda untuk terus belajar dan mengikuti perkembangan terkini dalam bidang anda.

Kebebasan Ekspresi dan Kreativiti

Blog memberi anda kebebasan untuk berkongsi pemikiran, idea, dan pandangan tanpa sekatan. Ini boleh menjadi saluran yang baik untuk meluahkan kreativiti dan minat anda dalam pelbagai topik. Anda boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis kandungan seperti artikel, video, infografik, atau podcast untuk mencari bentuk ekspresi yang paling sesuai dengan anda. Jika anda menggunakna platform seperti Shopee, anda terikat dengan polisi atau undang-undang.

Monetisasi dan Peluang Pendapatan

Melalui iklan, penajaan, dan program afiliasi, blog boleh menjadi sumber pendapatan pasif. Dengan trafik yang tinggi, anda boleh menjana pendapatan yang konsisten. Blog juga boleh digunakan sebagai platform untuk mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan anda sendiri. Ia membantu dalam membina kepercayaan pelanggan dan memudahkan proses pemasaran.

Kesimpulannya, memiliki blog pada masa kini bukan sahaja dapat meningkatkan profil peribadi dan profesional anda, tetapi juga membuka banyak peluang baru, baik dari segi pembelajaran, jaringan, dan juga potensi pendapatan.


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

MASTERCLASS BLOG TUTORIAL OLEH SHOPPERMANIAC

Contoh Blog Kami menggunakan Dinamik dan Statik:

Anda memahami kepentingan blog tetapi anda tidak mempunyau pengetahuan bagaimana memulakan sebuah blog dan kos yang harus anda keluarkan. Boleh tak kiranya saya berkata, untuk MasterClass Blog Tutorial kami KOS ZERO!! Anda hanya perlu berjanji memberi komitent dan disiplin yang tinggi kerana itu sahajalah caranya untuk berjaya dalam dunia blogging.

Masterclass Blog Tutorial kami sebelum ini kami masukkan dalam MasterClass Shoppermaniac sebagai satu bonus untuk pemilik Masterclass penuh kami ini. Dan khusunya ialah bagaimana memasukkan link Shopee ke blog . Setelah beberapa tahun kami melihat dunis Google mengalami perubahan yag drastic dan ramai termasuk saya terkena tempias hingga trafik kami jatuh.

Dan kami merancang memecahkan kursus kami kepada beberapa bahagian seprti Shopee, Blogging dan Facebook Ads agar lebih spesifik kepada minat anda. Tetapi kami harus memberi tambah nilai yang lebih baik kepasa setiap kursus yang kami berikan.

Saya telah berusaha selama hampir setahun pada tahun 2023 semenjak Google membunuh trafik keseluruhan trafik blog kami. Bagaimana untuk kekal bersaing di dunia blogging dan pada masa sama memperbagaikan produk digital kami. Maka dengan kolabrasi dengan rakan blogger saya ini maka kami ingin membuat tutorial penuh membina sebuah website dan landing pages.

Beliau berkali-kali berkata pada saya menggunakan Wordpress tetapi saya tetap memegang pendirian menggunakan blogspot kerana ia lebih mudah dan percuma. Walau pun dari segi SEO saya akui wordpress memang terbaik tetapi kos untuk “maintain” plugin agak tinggi dan buat masa sekarang tujuan saya ialah memudahkan anda sebagai pemula blogger.

Wordpress atau blogspot merupakan sebahagian daripada templates blog sahaja. Setiap platform yang anda ambil samada Wordpress, Shopify, Easystore, Weebly, anda kena belajar semua fitur-fitur mereka.
Yang penting anda kena memahami asas membuat konten serta teknik blogging. Jika anda yakin pada disiplin dan kesabaran yang diperlukan dalam blogging maka anda boleh memilih mana-mana platform yag sesuai dengan anda.


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

Cara Daftar Blogspot

Amat mudah sekali jika ada ikuti EBook yang kami berikan. Untuk mendaftar dengan blogger atau blogspot anda hanya memerlukan akaun gmail sahaja.

Cara Guna Blogspot

Kami memberikan tunjuk ajar kesemua fitur yang terdapat diblogspot kepada anda. Anda tidak perlu risau kerana semua aspek didalam “dashboard” blogspot kami telah membuat penerangan jelas. Malah fungsi-fungsi SEO yang terdapat di blogspot kami jelaskan pada anda agar anda mudah menggunakannya.

Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

Templates Blogspot 

Dalam MasterClass Shoppermaniac ini tujuan kami ialah menjadikan anda pakar membina sebuah website menggunakan templates yang kami sediakan. Macamana nak buat konten kalau tiada templates blog yang baik serta responsive.  Anda akan diberikan tunjuk ajar bagaimana mengubah layout templates tersebut. 

Untuk pengetahuan templates yang kami berikan adalah templates percuma yang kami download dan anda boleh sahaja mengubah templates lain. Dan templates yang lain caranya adalah sama sahaja. Anda ikuti setiap video yang kami berikan maka anda boleh mengguna mana-mana templates yang anda mahu. 

Templates yang kami berikan merangkumi statik dan dinamik. Dibahagian homepage blog tersebut ialah seolah-olah landing pages jika anda mahu menerangkan tentang produk atau berkenaan blog anda. Ini adalah templates percuma terbaik yang kami jumpa. 

Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

Konten Utama/Pillar 

Bagaimana membuat sebuah konten utama yang cukup kuat sehingga algoritma Google terpaksa indeks artikel anda. Konten Pillar adalah contoh artikel ini dimana ia merangkumi segala aspek tajuk atau niche yang anda bincangkan.


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

Topikal Autoriti

Topikal autoriti adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kepercayaan yang terkait dengan keahlian atau kecakapan seseorang dalam sebuah bidang tertentu.

Misalnya, jika seseorang dianggap sebagai topikal autoriti dalam bidang kedokteran, maka informasi yang ia bagikan tentang masalah kesehatan mungkin lebih dapat dipercaya daripada informasi yang dibagikan oleh orang yang tidak memiliki latar belakang di bidang tersebut.


Masterclass Blog Tutorial Oleh Shoppermaniac

On Page SEO / Off Page SEO

On-page SEO adalah taktik yang digunakan untuk meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian dengan cara mengoptimalkan elemen-elemen laman web itu sendiri. On-page SEO SEO merangkumi pelbagai elemen yang terdapat dalam laman web, termasuk kandungan, tag meta, judul, pautan, dan lain-lain

Off-page SEO adalah taktik yang digunakan untuk meningkatkan ranking laman web dalam hasil carian mesin carian dengan cara mengoptimalkan elemen-elemen luar laman web itu sendiri. Off-page SEO merangkumi pelbagai faktor yang tidak terdapat dalam laman web, seperti pautan masuk (backlinks) dari laman web lain, sosial media, dan lain-lain.

KESIMPULAN

Masterclass Blog Tutorial kami akan membantu anda membina sepenuhnya sebuah blog yang mengikuti ciri-ciri Google Algoritma yang terkini. 

Namun semua sedia maklum bahawa persaingan blogger amat tinggi dan memerlukan kesabaran dan disiplin dari anda jika mahu berjaya