SHOPPERMANIAC KINI BERADA DI ETSY - MasterClass ShopperManiac

SHOPPERMANIAC KINI BERADA DI ETSY

Shoppermaniac kini telah mula membina kedai di Etsy pula dengan fokus pada produk-produk digital

 

SHOPPERMANIAC KINI BERADA DI ETSY

Shoppermaniac kini telah mula membina kedai di Etsy pula dengan fokus pada produk-produk digital terutama dari produk kami atau produk reseller.

Tujuan ialah hendak mencuba mempelajari bagaimana menjual di Etsy dan memahami Algoritma Etsy. Pada bulan 9 June 2025 kami telah mula mendaftar di Etsy dan pendaftarannya tidak lah susah sangat.

Anda kena bayar RM80 untuk pendaftaran ( akan dipulangkan semula dalam masa 6 bulan) dan setiap produk listing akan dikenakan cay RM0.85 setiap bulan. Lagi banyak listing lagi banyak kena bayar komitmen bulanan untuk listing.

SHOPPERMANIAC KINI BERADA DI ETSY

Total hingga kini kami telah mempunyai 14 produk listing dan mungkin akan menambahkan lagi listing dari masa ke semasa. Konsep jualan di Etsy sama sahaja di Shopee iaitu tambahkan listing sekurang-kurang 16 - 24 listing agar mudah algoritma Etsy memahami niche anda dan potensi pilihan yang banyak anda kemungkinan besar mudah menjual.

Kebanyakan produk disini saya menjual dalam bahasa English dimana saya hendak mencapai audien global. Alang-alang dah guna Etsy maka ambil peluang yang ada dan kita main global dan potensi mendapat trafik organik adalah lebih tinggi.  Itu pendapat aku ler.

Secara terus terang, aku tiada pengalaman menjual di Etsy walaupun pernah mempunyai Ecommerce dan sebagainya tetapi aku percaya, dari segi basis adalah adalah sama sahaja seperti menjual di MarketPlace macam Shopee iaitu ia harus mempunyai:

  • 1. Produk Listing yang baik Untuk Algoritma
  • 2. Produk Winning yang boleh menjual
  • 3. Marketing yang baik 
  • 4. Maintenance kedai Etsy anda agar tetap releven 
  • 4. Advanced Sales dengan mempromosikan luar dari platform etsy

Lima Funnel Shopee diterapkan ke mana-mana bisnis adalah releven. Jika anda hendak ketahui apa itu 5 Funnel Shopee kami yang boleh digunakan dimana-mana niche. Boleh lihat DISINI.

Hasil akhir sudah tentu aku mahukan jualan dan setakat ini kami gunakan teknik ini:

  • 1. Sentiasa kemaskini produk listing dari masa ke semasa
  • 2. Memahami keyword yang sesuai digunakan
  • 3. Fokus pada visual dan deskripsi dengan tujuan ambil perhatian algoritma
  • 4. Tambahkan produk dengan menjual produk Reseller
  • 5. Daftar Pinterest dan X sebagai platform utama (pendapat aku platform ini popular Global)

Inilah tindakan awal aku iaitu cuba mendapatkan trafik organik walaupun aku tak percaya dengan trafik organik. Buat sementara tak mahu keluar modal dan fokus pada daily trafik.

Yang bestnya, ia URL Etsy ini boleh link dengan Business Manager Meta dan anda boleh membuat iklan di Meta dengan melihat tracking link dia. Ini kelebihan Etsy juga.

SHOPPERMANIAC KINI BERADA DI ETSY

Salah satu produk yang kami jual di Etsy iaitu CANVA TEMPLATES INSTAGRAM iaitu produk Reseller yang kami jumpa dan berkualiti.

Pada tahun 2025 kami membuat eksperimen pada Etsy pula dan kami akan kongsikan pada anda progress ini dan saya akan terkejut jika saya mendapat jualan melalui Trafik Organik. By the way, as usual kita collect data dulu