Nama saya Hanif Bin Idrus dimana saya adalah pemilik Homestay Bonda Banda Hilir Melaka dan juga berpengalaman membantu beberapa pihak setup Homestay untuk projek on line mereka.Salah satu contoh Setup Projek : Rumah Keladi 5 Melaka ( pada tahun 2022)
Pada tahun 2024 ini, perniagaan homestay semakin mencabar dan saya telah menjumpai satu teknik membina website gabungan Sales Pages dan Website yang harus anda gunakan pada tahun ini.
Teknik yang saya gunakan pada tahun 2022 salah satu projek yang kami uruskan amat berbeda pada tahun 2024 seiring dengan perubahan psikologi pelanggan dan saingan.
Kami ingin kongsikan kepada anda kejayaan kami membangunkan homestay kami serta beberapa projek yang kami bantu dan menyelesaikan beberapa masalah utama yang sering dihadapi oleh pemilik homestay.
Kami telah membina MODUL Masterclass Blogging kami secara tersusun untuk anda yang tiada pengalaman membina website hingga menjadi pakar melalui pengalaman saya selama 12 tahun dalam bidang website ini.
Dibawah ini adalah contoh website Homestay kami yang kami gunakan untuk berinteraksi dengan pelanggan kami. Berdurasi 9 minit dan anda akan fahami kepakaran kami membantu Bisnis Homestay anda dan sudah tentu ia juga boleh digunakan untuk bisnis-bisnis anda yang lain.
Kenapa Homestay Harus mempunyai Website
Peluang Marketing Yang Belum Diterokai
Pertama platform Website tidak digunakan sepenuhnya oleh pemilik Homestay untuk mempromosikan kediaman mereka. Dianggar 95% pemilik Homesstay hanya bergantung pada Sosial Media dan 5% mengguna sosial media dan website.
Persaingan Hebat
Jurang yang besar ini harus di ambil peluang oleh pemilik Homestay untuk bersaing ke hadapan dengan pesaing anda.
Anda sedia maklum bahawa persaingan homestay semakin lama semakin besar dan ramai telah menceburi bidang ini jika dibandingkan 10 tahun yang lalu. Dan jika anda tidak perkembangkan strategi marketing anda maka akan ketinggalan.
Tidak Perlu Copywriting
Dengan website, anda hanya perlu memasukkan link website anda sahaja jika ada pertanyaan dari pelanggan. Tidak perlu lagi susah payah "upload" gambar satu persatu ke what apps setiap kali ada pertanyaan dari pelanggan berpotensi.
Malah promosi lebih mudah dilakukan dimana jika anda membuat promosi di Facebook Group, anda hanya pelru masukkan link dan ia mempercepatkan kadar capaian Facebook Group yang lebih banyak berbanding manual
Pengesahan Bisnis Homestay anda Bukan Scam.
Scam....adalah perkara biasa ditanya oleh pelanggan samada Homestay anda ini ujud atau tidak. Sukar untuk anda menjawabnya tetapi dengan website serta artikel terkini yang anda post di website maka krebiliti homestay anda akan lebih dipercayai oleh pelanggan.