5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA - ShopperManiac 5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA - ShopperManiac

Panas!

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

Mungkin ramai yang masih mencari-cari cara mudah untuk atasi bau yang memeningkan daripada bahan kimia ini. Berikut kami kongsikan beberapa cara hilangkan bau kereta dengan menggunakan bahan pewangi daripada sumber semulajadi

1. Arang

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

Sebelum anda mewangikan kereta, perkara pertama yang mungkin anda perlu pertimbangkan adalah meneutralkan bau busuk, hapak, atau kepam yang dah sedia ada dalam kereta.

Contohnya, kalau ada bau durian, bau bangkai, atau bau muntah – tentu kita perlu hilangkan bau ini terlebih dahulu, bukan? Kalau tiba-tiba disembur pewangi, boleh jadi lebih pening dengan kombinasinya.

Oleh itu, anda boleh mengambil beberapa ketul arang untuk menyahkan bau kurang enak tersebut. Cara pertama, letakkan arang dalam bekas ‘tupperware’ dan biarkan terbuka di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan yang berbau.

Kalau Tak nak pening-pening beli sahaja yang dah jual. Bukan mahal pun.

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN HARGA

Japan Bamboo Charcoal Bag Active Carbon Air Freshener Purifier For Car

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA



2. Soda Penaik

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

Kalau tak ada arang, soda penaik atau ‘baking soda’ adalah satu lagi cara hilangkan bau kereta yang berkesan.

Anda boleh meletakkan satu bekas ‘tupperware’ yang berisi soda penaik ke dalam kereta seperti arang di atas. Satu lagi cara, kalau anda berhasrat nak cuci dan vakum kereta, taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat. Biarkan 2-3 jam untuk ia menyerap bau. Kemudian, boleh vakum.

Selalu juga orang gunakan teknik ini untuk menghilangkan bau hancing pada tilam kerana ia efektif untuk menyerap bau.

3. Serbuk Kopi / Teh

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

Sebagai alternatif, anda boleh cuba cara hilangkan bau kereta dengan menggunakan serbuk kopi atau teh. Kedua-dua bahan ini berkesan menyerap aroma yang kurang sedap dalam kereta. Boleh rujuk cara di bawah ini. Senang saja. Nak guna uncang teh / kopi terus pun boleh.

Mungkin lebih ramai suka gunakan kopi kerana baunya pun harum, segar biji mata! Tapi seeloknya, kalau guna serbuk kopi, pilihlah jenis serbuk kopi yang selalu dibuat kopi ‘o’, bukan jenis ‘instant’ seperti Nescafe apa-apa yang 3-in-one ya. Serbuk kopi ‘instant’ senang larut kalau terkena air. Nanti habis berwarna perang dan rosak pula kain uncang yang digunakan ini.

4. Daun Pandan

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

Bila bau busuk dalam kereta dah hilang, bolehlah tambah keharuman menggunakan daun pandan. Seperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan, sebab itulah ia digunakan sebagai bahan asas dalam bunga rampai.

Siapa yang ada daun pandan di belakang rumah, keratkan 2-3 helai dan ikatkan. Kemudian letakkan di bawah tempat duduk atau di mana-mana ruang dalam kereta.

Kalau nak lebih berkesan, hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkan dalam beg kain yang berlubang-lubang. (Macam ‘goodie bag’ yang selalu dapat dari rumah kenduri kahwin). Kemudian, gantungkan dalam kereta. Memang harum semerbak!

Tapi, jangan lupa menggantikannya dalam tempoh 2-3 minggu. Bila dah kering dan layu, baunya pun akan hilang sekali.

5. Lemon / Limau Kasturi

5 CARA HILANGKAN BAU HAPAK DI KERETA

Kalau ada sebarang tumpahan, basuhkan seperti biasa. Kemudian, perahkan lemon atau limau kasturi pada bahagian yang tak hilang baunya. Biarkan seketika sebelum membilas seperti biasa.

Jus lemon atau limau kasturi juga boleh dibuat ‘spray’ kereta semulajadi. Perahkan pati lemon tadi dengan sedikit air dan campurkan sedikit cuka kerana ia boleh melawan kulat dan bau hapak. Kemudian, ‘spray’ pada bahagian dalaman kereta.

Bau hapak, kepam atau tengik menandakan ada air bertakung dalam kereta anda yang mungkin berpunca daripada masalah pintu atau pengedap tingkap yang bocor. Selain itu, kerosakan komponen tertentu dalam kereta boleh menyebabkan bau sulfur (seperti telur tembelang atau telur busuk), bau gas, atau bau minyak di dalam kereta.

Pastikan tiada objek yang terbiar lama di dalam kereta. Jika anda telah mencuba pelbagai cara hilangkan bau kereta tetapi gagal, mungkin kereta anda perlukan perhatian khusus.

Sumber : Sirap Limau