PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA - ShopperManiac PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA - ShopperManiac

Panas!

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA


Sesetengah orang akan memberitahu anda bahawa selulit hanyalah lemak. Sementara yang lain akan berkata selulit terdiri daripada toksin terperangkap dan air yang berlebihan di bawah kulit. 


Sebenarnya selulit adalah keadaan yang memberi kesan kepada rupa kulit di kawasan yang mempunyai deposit lemak (yang paling ketara di bahagian punggung dan paha), memberi kulit rupa berlekuk, dan berketul-ketul.


Lemak secara sendirinya, tidak bertanggungjawab untuk rupa selulit yang berketul dan berlekuk. Dalam keadaan normal, lemak boleh kelihatan cantik. Bahkan lemak pada muka yang bertanggungjawab ke atas pipi bulat berisi, yang kelihatan licin dan cantik pada muda. 


Pakar bedah plastik malah mengenakan bayaran untuk memasukkan lemak pesakit ke bahagian tertentu di muka dan badan. Suntikan lemak juga kadangkala digunakan sebagai rawatan untuk menangani penampilan selulit.


Jadi apa yang membuat selulit berbeza daripada lemak “normal”? Ia adalah struktur kulit di atasnya dan tisu penghubung di bawah yang menentukan sama ada sesuatu kawasan mempunyai penampilan yang licin atau berlekuk.


Siapa yang mungkin mengalami selulit?

Pernahkah anda terfikir mengapa lelaki jarang mendapat selulit, walaupun obes? Atau mengapa kanak-kanak obes tidak mempunyai selulit? Atau mengapa terdapat wanita yang sangat langsing juga boleh mendapat selulit?


Walaupun kemunculan selulit cenderung untuk bertambah buruk mengikut kadar lemak yang ada pada kawasan yang terjejas, selulit boleh dialami wanita yang sangat langsing sekali pun. Ini kerana walaupun deposit lemak boleh memburukkan keadaan, lemak sendiri bukanlah punca utamanya.

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA


Kenapa saya mengalami selulit?

Di bawah kulit terdapat sebuah lapisan tisu penghubung yang bertanggungjawab memautkan kulit kepada otot di bawahnya. Dalam kebanyakan lelaki, tisu penghubung ini disusun dalam bentuk bersilang atau pepenjuru, dalam susunan yang berterusan.


Tisu penghubung wanita berbeza, dalam bentuk menegak (vertikal dengan kulit). Oleh itu, jaringan penghubung ini (dipanggil septae) menambat kulit kepada tisu di bawah pada tempat-tempat tertentu, mewujudkan “kamar lemak” yang menolak pada kulit sementara jaringan tersebut menarik kulit ke bawah.


Perbezaan dalam susunan tisu penghubung (ditambah pula dengan fakta bahawa kulit lelaki biasanya lebih tebal berbanding wanita) menjelaskan mengapa sangat sedikit lelaki mempunyai selulit berbanding wanita.


Jangkamasa Panjang Kesan Selulit 

Sewaktu di awal usia, tisu penghubung bersifat lembut dan elastik, merenggang dan membentuk dengan kulit agar semuanya kelihatan licin. Kemudian apabila akil baligh berlaku, hormon memberi kesan kepada tisu penghubung, menjadikannya lebih keras dan kurang elastik. Pada masa yang sama, sel-sel lemak kita cenderung untuk berkembang di kawasan-kawasan tertentu, menolak keluar pada kulit.


Bila mana jaringan tisu penghubung mengeras dengan usia, ia semakin menarik kulit ke bawah. Pada masa yang sama, peningkatan bekalan lemak menolak keluar di kawasan sekitar. Letakkan kedua-dua kejadiaa bersama, dan hasilnya adalah landskap benjolan dan alunan yang tidak menarik.


Apabila kita semakin tua, lapisan luar kulit menjadi lemah, menipis dan hilang keanjalan. Graviti memberi kesan, dan kulit mula mengendur. Memandangkan septa penghubung kekal ada dan bertambah tertarik dan mengeras dengan usia, kemunculan selulit juga terus bertambah buruk dengan usia.


Satu lagi faktor memburukkan lagi kemungkinan dalam pembangunan selulit adalah diet yo-yo. Kitaran berulang kali pertambahan dan penurunan berat badan nenembah komplikasi pada sifat elastik kulit, membuat selulit lebih ketara.


Tahap Selulit 

Tahap 1 atau biasa: kulit berupa seperti kulit oren dan terdapat kulit lebihan yang melendut. Terdapat 1-4 lekukan permukaan pada kulit.


Tahap 2 atau sederhana: kulit berupa seperti kulit keju dan terdapat lebih banyak lebihan kulit yang melendut. Terdapat 5-9 lekukan lebih dalam pada kulit.


Tahap 3 atau teruk: kulit berupa seperti tilam dan terdapat banyak kulit lebihan yang melendut. Terdapat lebih 10 lekukan dalam pada kulit.

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA


Rawatan Selulit

Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk mengurangkan selulit dengan memusnahkan band dalam tisu konektif di bawah lapisan kulit.


Terapi gelombang akustik, ia memerlukan beberapa sesi untuk menunjukkan kesan pada kulit. Dalam rawatan ini ia menggunakan gelombang bunyi

Terapi laser ini akan memecahkan tisu dan ini akan menggalakkan penghasilan kolagen

Subcision menggunakan pisau kecil bagi memusnahkan tisu yang rosak.

Terapi karbon dioksida yang memerlukan suntikan gas karbon monoksida ke dalam lapisan kulit. Kesan sampingannya adalah lebam dan rasa tidak selesa.

Endermologie pula menggunakan teknik urutan menggunakan mesin vacuum bagi menganjalkan kulit.

Terapi Pemanas yang memanaskan lapisan kulit dan memusnahkan selulit.

Liposuction melibatkan pembuangan tisu lemak dari bawah lapisan kulit


Perubahan Gaya Hidup

Mengurangkan pengambilan makanan berlemak akan mengurangkan peratusan lemak dalam tubuh. Ini mengurangkan risiko terjadinya selulit. Amalkan juga aktiviti beriadah secara konsisten bagi menjaga kesihatan dan menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit.


Ubatan Dan Krim

Krim yang mengandungi Kafein akan menyebabkan sel kulit menjadi kering dan ini akan menjadikan selulit kurang jelas.

Retinol akan membuatkan kulit menjadi tebal dan ini akan menyebabkan selulit menjadi kurang jelas. 

Dapatkan krim Queen Beauty 2 Anti Cellulite & Firming Lotion 150ml  untuk mengatasi masalah selulit anda di kedai Shopee kami.

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA

PUNCA SELULIT DAN CARA ATASINYA

Feature: • Hot Sensation – It is designed to address fat in problem areas such as the tummy, flank, thighs, and arms. lotion causing a heating effect. • Anti-Cellulite cream penetrates the skin effectively and fast. • Perfect Curve – smoothing energy cream helps reduce the appearance of cellulite and instant firming on legs or stomach. •Capacity: 150ml Direction of use: • Gently massage Anti Cellulite & Firming Lotion into targeted areas to be treated using upwards circular movement until the skin absorb. • No rinse required. • Apply twice daily after shower • Can apply at tummy, buttock, and thigh, lose muscle etc.



Sumber:Diagnosa

related word: selulit,selulit perut, selulitis, selulit merah,selulit di peha, selulit peha, selulit di punggung, selulit paha, selulit adalah,selulit adalah penyakit, selulit atau stretch mark, selulit apa, selulit azaltmak icin neler yapmalı, selulit armesso, selulit artinya, selulit bawah lengan. selulit bisa dihilangkan atau tidak, selulit boleh hilang, selulit bio oil, selulit berwarna merah, selulit bokong, selulit bisa hilang, , selulit bisa hilang tidak, selulit baslangici, selulit bakimi, selulit cara menghilangkan, selulit cream, selulit cara hilang,