10 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN - ShopperManiac 10 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN - ShopperManiac

Panas!

10 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN

 

10 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN.

1. CUKA

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.

Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.

Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

petua halau semut

Foto Kredit: tescoliving.com

2. KAYU MANIS & CENGKIH

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.

Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!

Foto Kredit: yan.vn

Foto Kredit: yan.vn

3. SERBUK KOPI

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

4. SODA PENAIK

Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut.

Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.

Foto Kredit: healthyfoodhouse.com

Foto Kredit: healthyfoodhouse.com

5. DAUN SIRIH

Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

Foto Kredit: flickr.com

Foto Kredit: flickr.com

6. AIR LADA

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.

Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

7. KULIT TELUR

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

Foto Kredit: buzznigeria.com

Foto Kredit: buzznigeria.com

8. KULIT LEMON / OREN

Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.

Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.

Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

9. DAUN PANDAN

Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan.

Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!

Foto Kredit: juicemigourmet.com

Foto Kredit: juicemigourmet.com

PASTIKAN KEADAAN RUMAH BERSIH

Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.

Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.

10. UMPAN PEMBUNUH SEMUT 

10 Packs Green Leaf Powder Ant Killing Bait Ants Repellent Repeller Trap Killer Pest Control Destroy Ant Baits 

10 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN



Kami ada solusinya iaitu produk Pembunuh semut yang ampuh. Mampu membunuh satu koloni sang semut, hanya perlu taburkan dilaluan mereka. Itu sahaja

Ada cara yang mudah gunakan cara yang mudah. Betul tak .



Selamat mencuba!