CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL - ShopperManiac CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL - ShopperManiac

Panas!

CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL

 

CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL

Bagi yang memiliki kenderaan empat roda pastinya korang berasa stress dan tidak keruan apabila kenderaan terlihat kotor biarpun baru sahaja mencuci beberapa hari yang lalu, betul tak?

Secara umumnya, kita tahu bahawa kenderaan perlu dicuci seminggu atau 2 minggu sekali apatah lagi kalau kita baru sahaja membeli kenderaan pasti mahu terlihat bersih dan berkilat. Tapi korang tahu tak cara mencuci yang betul jika mahu kelihatan berkilat seperti dihantar ke car wash?


PEMILIHAN SABUN CUCIAN KERETA

  • Pemilihan sabun amat penting bagi yang mencuci kereta secara manual kerana terdapat beberapa jenis sabun yang tidak disarankan untuk digunakan. Sebagai contoh, sabun pencuci pinggan!
  • Korang boleh mengunakan sabun yang lain tetapi bukan sabun cuci pinggan kerana ia mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat hingga boleh menyebabkan warna cat kereta lebih cepat pudar.
  • Untuk memudahkan kerja membasuh, korang boleh mula membasuh kereta dari pane atas hingga ke bawah.
  • Siram dahulu kereta korang sebelum memulakan basuhan dengan sabun.

CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL



GUNA KAIN / SPAN CUCIAN KERETA

  • Korang boleh gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta kesayangan.
  • Mula-mula, gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta.
  • Dengan menggunakan kain mikrofiber lebih banyak kelebihannya seperti menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta selain memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL


BALDI CUCIAN KERETA

  • Untuk membasuh kereta, korang boleh gunakan 2 baldi bagi memudahkan kerja mencuci.
  • 1 baldi digunakan untuk sabun, manakala 1 baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL


 BILAS KERETA

  • Bilas dahulu kereta korang sebelum mula membersihkan bahagian rim dan tayar.
  • korang perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL



CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL

GUNA BERUS TAYAR KERETA

  • Untuk membersihkan rim dan juga tayar, korang boleh gunakan berus tayar.
  • Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake.
  • Elakkan guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL


PROSES PENGERINGAN KERETA

  • Proses ini, korang boleh basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta.
  • Korang juga boleh gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering.
  • Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.

LAP KERETA DENGAN TELITI

  • Korang jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta.
  • Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut.
  • Untuk cermin pula korang dinasihatkan untuk guna kain baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.

VAKUM KERETA

  • Selepas selesai mencuci dan membersihkan kereta di bahagian luar, jangan lupa juga membersihkan bahagian dalam kereta tau!
  • Gunakan vakum untuk menyedut segala kotoran di bahagian kusyen , tempat letak kaki dan papan pemuka.

CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL
CARA MENCUCI KERETA DENGAN BETUL