ATASI GUSI BERDARAH DENGAN VITAMIN C - ShopperManiac ATASI GUSI BERDARAH DENGAN VITAMIN C - ShopperManiac

Panas!

ATASI GUSI BERDARAH DENGAN VITAMIN C

 

ATASI GUSI BERDARAH DENGAN VITAMIN C



Pernah dan sering kali gusi berdarah setiap kali gosok gigi? Mesti tidak selesa dan risau kan? Kalau gusi asyik berdarah nie ada beberapa sebab samada tanda2 awal kemungkinan masalah gusi, cara gosok gigi tidak betul dan mungkin juga kekurangan nutrisi terutamanya vitamin c


Saya sendiri memang sering mengalami gusi berdarah ni. Memang risau sebab x nak la kan gigi rosak dan terpaksa guna gigi palsu di usia ygmuda...hehehe


Alhamdulillah setelah saya konsisten beberapa hari lepas dengan mengambil NUTRILITE BIO C, gusi dah tidak berdarah setiap kali gosok gigi. Combine dengan ostematrix lagi untuk kuatkan gigi. Vitamin C dalam badan kita nie mudah hilang tau. Memang tiap2 hari kena ambil sayuran dan buah yg mengandungi vitamin C. 


KENAPA GUSI BERDARAH?


Keadaan pendarahan gusi adalah tidak sihat, oleh itu ia tidak sepatutnya diabaikan oleh semua. Pendarahan gusi boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ianya boleh berlaku pada peringkat permulaan jangkitan gusi seperti gingivitis, atau sebagai tanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih serius.


Pendarahan gusi boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor risiko dan penyebab:


1. Pendarahan gusi sebagai tanda umum penyakit Periodontal (Penyakit Gusi) serta pembentukan plak

2. Pendarahan gusi berkaitan dengan faktor sistemik dan masalah perubatan seperti jangkitan virus, perubahan hormon, penyakit hematologi, ubat-ubatan serta kekurangan nutrisi seperti vitamin k dan asid askorbik

3. Pendarahan gusi disebabkan oleh kecederaan fizikal pada tisu gusi kerana teknik pembersihan mulut yang tidak betul, alat pembersihan mulut yang tidak tepat, kecederaan oleh benda asing seperti terlekat tulang ikan

Sebaik sahaja anda menyedari bahawa gusi anda mudah berdarah, maka anda perlu berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mengetahui punca-puncanya. Pengesanan awal adalah sangat penting kerana bergantung kepada faktor penyebabnya.


Ia adalah sangat penting untuk anda meneruskan rutin yang baik di rumah bagi penjagaan gigi dan gusi yang sihat. Antara langkah-langkah pencegahan termasuklah:


1. Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari, untuk menanggalkan sisa makanan dan plak antara gigi.

2. Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul diperlukan terutamanya di kawasan celahan gigi yang rapat sekurang-kurangnya sekali sehari.

3. Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi yang dapat membantu untuk menyingkirkan kuman-kuman

4. Makan makanan yang seimbang dan pengurangan kekerapan dan jumlah pengambilan gula juga dapat membantu dalam mengurangkan pembentukan plak.

5. Berhenti merokok dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan merokok termasuklah penyakit gusi.

6. Sentiasa berwaspada mengenai sebarang tanda-tanda amaran dan simptom-simptom masalah gusi seperti gusi kemerahan, berdarah, tidak selesa, perubahan bentuk gusi, penyusutan gusi, kehadiran nanah, gigi longgar, gigi yang telah berubah kedudukan dan nafas berbau.

7.Sentiasa berjumpa doktor gigi anda (sekurang-kurangnya dua kali setahun)


Langkah pencegahan adalah cara yang terbaik untuk membantu anda mengekalkan kesihatan mulut. Lebih awal anda mencegah dan menangani masalah-masalah gusi, lebih tinggi peluang bagi anda mengekalkan gigi untuk seumur hidup. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.


sumber dari https://www.myhealth.gov.my/gusi-berdarah/


KEBAIKAN VITAMIN C


Manfaat dan faedah Vitamin C  terhadap kesihatan ialah:


1. Membentuk Kolagen

Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mamp mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.


2. Memperbaiki Simptom Pendarahan

Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


3. Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.


4. Memerangi Kanser

Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.


5. Mencantikkan Kulit

Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


6. Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.


7. Mengekalkan Kolesterol Sihat

Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.



Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C


Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.


Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.



Adakah Vitamin C Daripada Buah Sudah Mencukupi?


Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit.


Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.