RISIKO PENGGUNAAN MINYAK WANGI - ShopperManiac RISIKO PENGGUNAAN MINYAK WANGI - ShopperManiac

Panas!

RISIKO PENGGUNAAN MINYAK WANGI

 

Haruman sebahagian daripada gaya peribadi dan ia mempunyai impak besar terhadap penampilan serta pandangan orang terhadap diri kita.

Semburan minyak wangi yang sesuai bukan saja mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menarik, tetapi juga boleh menghilangkan tekanan seharian. Malah ia turut membantu menjadikan diri lebih berkeyakinan serta membangkitkan semangat dan keceriaan.

Namun, kebanyakan kita tidak menyedari bahawa ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan terutama wanita yang mengandung.

Ini antara senarai kandungan dan bahan minyak wangi yang mampu memberi risiko terhadap kesihatan anda:

BAU

NAMA BAHAN (CONTOH)BAHAN KIMIA AKTIF (% BERAT BERSIH)TANDA KERACUNAN
Limau, lemonFruity-fragrance 86-173
Limonin > 50%
Kanser, keradangan pada mata dan kulit
Lavender
Lavender-fragrance

 93-054


Linalool 10-50%Gangguan pernafasan
TomatoTomato Oil 010Propilin glikol > 50%Keradangan mata dan kulit, jika tertelan boleh menyebabkan sawan
PudinaSpearmint oil660Karvon > 50%Menyebabkan keradangan pada mata dan kulit.
Musim bungaSpring Flowers Fragrance 5975Karbitol 10 – 50%Gangguan pernafasan dan sistem saraf, keradangan mata.
PeperminPeppermint 5011-Menthol 10 – 50%Loya yang teruk, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan anggota badan, mengantuk dan koma.
Buah-buahanBergamont Oil 100Linalil asetat, lomonin, linalool, 10 – 50%Gangguan pernafasan, keradangan mata dan kulit.
Bunga-bungaanBouquet Floral 3881Benzal asetat 10 – 50%Kanser pankreas, keradangan mata, saluran pernafasan dan batuk.
Kulit Kayu ManisCinnamon Oil950Sinamik Aldehid > 50%Keradangan sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah, sakit perut dan cirit- birit.
PineAlpha PineneP & Fa-Pinen 97.5%Mengganggu sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat, pening, halusinasi, kebakaran dan kesan kebakaran pada kulit, konjunktivitis, merosakkan sistem pertahanan badan.
LilacAlpha Terpineol P & F, FCCa-Terpineol 88.5%Keradangan lapisan mukus dalam paru-paru, pneumonitis, edema, susah bernafas, kehilangan koordinasi anggota badan, sakit kepala.

 Kandungan Wangian

Setiap produk wangian mengandungi bahan kimia wangian sama ada asli atau sintetik dan pelarut yang bertindak sebagai media atau foundation. Peratus kandungan kimia wangian adalah di antara satu hingga 30% dan ini bergantung kepada jenis produk. 

Namun daripada analisis makmal yang dilakukan didapati sebanyak 95% bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia sintetik daripada jenis petroleum seperti terbitan, benzena, aldehid dan kimia toksik lain.

Institut Keselamatan  dan  Kesihatan Pekerjaan mendapati daripada kesemua bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan kosmetik, 815 daripadanya adalah bersifat toksik. 

Manakala kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika (EPA) pada tahun 1991 pula menunjukkan terdapat kloroform dalam pelembut pakaian dan p-diklorobenzena iaitu sejenis bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) pada paras yang tinggi dalam penyegar udara.

Selain itu, terdapat juga wangian jenis musk boleh memberikan kesan estrogen, neurotoksik dan karsinogen tetapi pada kadar yang lemah. 

Mengikut kajian Penguatkuasaan Makanan dan Dadah, Amerika (FDA) (1968 hingga 1972), bahan kimia semula jadi seperti alfa-terpineol, benzal asetat, benzal alkohol, limonin dan lionalol yang sering ter­dapat dalam kosmetik (daripada 138 bahan) didapati kerap memberi kesan sampingan kepada si pemakai.

RISIKO PENGGUNAAN MINYAK WANGI 

RISIKO PENGGUNAAN MINYAK WANGI


Bahaya Kesihatan Minyak Wangi 

Bahan kimia yang terkandung dalam wangian boleh menyebabkan kesan alahan, asma, kanser, kecacatan bayi dalam kandungan, keguguran, penyakit sistem saraf seperti parkinson, alzheimer dan lain-lain. Ia juga boleh memberi kesan keracunan kepada manusia melalui pernafasan dan sentuhan kulit sama ada secara akut (jangka pendek) atau kronik (jangka panjang).

Dapatkan minyak wangi terbaik kami Dunhill Desire Blue EDP  - KLIK SINI


Kesan keracunan akut biasanya disebabkan alahan seseorang terhadap kimia wangian tertentu, ada individu yang sangat sensitif dan menunjukkan tanda alahan walaupun terdedah dengan bau atau sapuan kecil. 


Produk yang memberi kesan langsung kepada sistem pernafasan adalah seperti penyegar udara, semburan wangian badan dan rambut, pengilat kuku dan pelarutnya serta lain-lain. 

Semburan, wap atau gas bahan kimia ini akan memasuki saluran pernafasan dan memberi kesan kepada bahagian hidung, tekak, paru-paru dan seterusnya ke bahagian anggota badan lain melalui sistem peredaran darah.


Jadual berikut menunjukkan contoh bahan kimia di dalam produk wangian seperti minyak wangi, penyegar udara, sabun pencuci pinggan mangkuk, pewarna dan pencuci kuku, penyembur rambut, penyembur badan, produk kosmetik, syampu, sabun, peluntur pakaian dan pelembut pakaian, detergen dan potpuri.

KANDUNGAN KIMIA

TANDA
3-Burten-2-one
Keradangan pada kulit dan sistem pernafasan
Aseton
Merencat sistem saraf pusat, kekeringan pada mulut dan tekak, pening, loya, hilang koordinasi, pertuturan tidak jelas dan koma.
Siklopenta(g)-2-benzopiranKeradangan pada kulit, mata dan saluran pernafasan.
ErtanolKeletihan, keradangan pada mata dan bahagian atas sistem pernafasan, pening, penglihatan yang kabur, hilang koordinasi anggota badan, kebas.
Atil asetatSakit kepala, kebas, kulit kering dan merekah, kekurangan darah, kerosakan hati dan buah pinggan, keradangan pada mata dan saluran pernafasan.
Fenil metal esterGangguan sistem saraf, kanser
Hidrosinamaldehid, p-tert-butil-alfa-metilSeparuh sedar, kesukaran bernafas, gangguan sistem reproduktif lelaki.
Metilin kloridaKanser, sesak nafas (kerana dimetabolisme kepada karbon monoksida), sakit kepala, kebasm pening, penat, mudah terganggu.
Phenol, 2,60bis(1,1-dimetileti)-4-metilKanser, memberi kesan pada anak dalam kandungan dan sistem pembiakan.
Ftalik esterGangguan sistem saraf dan bayi dalam kandungan
BenzaldehidMerencat sistem saraf pusat, keradangan pada mulut, tekak, mata, kulit, paru-paru, loya, sakit perut dan kerosakan buah pinggang.
Kampor (kapur barus)Alahan pada kulit, keradangan pada mata, hidung dan tekak, pening, loya dan sawan.
Benzal alkoholKeradangan bahagian atas sistem pernafasan, pening, loya, muntah, tekanan darah rendah, merencat sistem saraf, kegagalan fungsi pernafasan.
KarbitolKeradangan pada mata, kulit, saluran pernafasan paru-paru.

Sumber: Pusat Racun Negara