Senarai Perkakas Mengecat Rumah - ShopperManiac Senarai Perkakas Mengecat Rumah - ShopperManiac

Panas!

Senarai Perkakas Mengecat Rumah

 Senarai Perkakas Mengecat

Apakah barang keperluan mengecat rumah sebelum anda memulakannya. 


Selepas anda mula mengecat dan ada sahaja barangan yang anda lupa beli atau anda membeli barangan yang tidak penting. 

Dibawah ini adalah barangan wajib anda beli:


Senarai Perkakas Mengecat Rumah

  • Cat (berwarna atau tidak) 
  • Cat primer, sealer dan undercoat?
  • Wall filler
  • Scraper
  • Paint Tape
  • Berus cat saiz besar
  • Berus cat size kecil
  • Roller cat
  • Batang Roller
  • Surat khabar atau canvas
  • Gunting atau pisau (nak buka tong cat)
  • Sarung tangan
  • Baju buruk (nak mengecat, pakai baju yang buruk2 sikit, atau baju yang sesuai dipakai untuk mengecat)


Senarai Perkakas Mengecat Rumah


Cat Berwarna atau Tidak

Terdapat banyak sebab untuk anda mengecat semula rumah anda. Sama ada anda mahu menutup kecacatan pada ruang anda atau ingin menyembunyikan contengan anak-anak anda di rumah anda, ataupun anda ingin mengecat semula untuk memberikan nafas baru kepada ruang anda


Pemilhan warna ini terpulang pada anda mengikut mood dan citarasa anda. Sebaik -baiknya dapatkan konsultasi daripakar jika hendak mendapatkan hasil yang baik.


Cat Yang sesuai untuk bilik tidur


Senarai Perkakas Mengecat Rumah


Cat primer, sealer dan undercoat?

Ada beza ke di antara primer, sealer dan undercoat?

Jawapannya ya. Ada bezanya.

Yang tidak berbeza ialah semua bahan ini digunakan pada lapisan awal sebelum warna sebenar disapu.

Jom kita lihat kegunaannya supaya lebih jelas.

Primer.

Primer disapu pada permukaan dinding baru yang belum bercat. Penggunaan primer adalah untuk memberi lapisan yang kemas pada permukaan.

Primer berfungsi untuk:

  • Menutup kesan-kesan kotoran dinding.
  • Mengurangkan kesan kecil tidak rata pada permukaan.
  • Menghalang kelembapan menembusi permukaan cat.
  • Mencegah cat dari meresap ke dalam dinding.


Ada jenis primer yang mengandungi bahan penghalang kulat dan fungus dari merebak dan keluar tompok putih pada dinding.

Sealer.

Sealer boleh diguna sebagai pengganti primer. Atau disapu sebelum primer pada dinding asal yang belum dicat. Tujuan utama sealer untuk memberi lapisan perlindungan dan perisai di antara dinding asal dengan lapisan cat.

Kebaikan utama sealer ia boleh membaik pulih permukaan dinding lama yang sedikit sukar dicat. Kalau anda nak cat dinding yang agak poros, pakailah sealer supaya kerja jadi senang.

Sealer boleh memberi perlindungan supaya kemasan cat akhir jadi tahan lebih lama.

Senarai Perkakas Mengecat Rumah


Undercoat.

Undercoat disapu selepas primer. Ia diguna untuk menutup kesan kecil ketidaksempurnaan pada dinding.

Undercoat juga diperlukan bagi menutup warna asal dinding jika ingin menukar warna. Lebih diperlukan jika dinding yang gelap ingin ditukar pada cat lebih cerah. Ini penting supaya warna yang ingin dicat tidak berubah tonanya.

Tips : kalau permukaan baru, guna primer atau sealer. Kalau dinding dah pernah bercat, guna undercoat. - Azrul


Senarai Perkakas Mengecat Rumah

Wall /Puffy filler

Salam semua... pasti ada di antara anda yang tahu tentang kewujudan bahan kimia ini... dan pasti juga ada di antara anda tidak mengetahui apakah fungsi dan kegunaannya.


Apa itu Putty Filler??... sebenarnya Putty Filler ialah pengisi selulosa serbaguna yang digunakan untuk menutup pedalaman ataupun lubang yang terdapat pada dinding. Secara ringkasnya... kegunaan Putty Filler adalah untuk menutup lubang ataupun rekahan pada dinding. Ianya sangat ekonomi, mudah dan senang digunakan. 


Terdapat pelbagai jenis Putty Filler yang ada di pasaran



CARA MENGGUNAKAN WALL FILLER

  • Pastikan permukaan-permukaan yang ingin digunakan kering,bersih,bebas dari gris dan tiada bahan yang melekat.
  • Sapukan Putty Filler dengan skraper atau sudip
  • Gunakan sehingga kira-kira 2 - 3mm ketebalan dan biarkan ianya kering lebih kurang 20-30minit.
  • Sapukan lapisan kedua jika perlu.
  • Kemaskan sapuan Putty Filler dengan meggunakan kertas pasir setelah bahagian yang disapu itu kering untuk mendapatkan kemasan yang lebih baik.

Senarai Perkakas Mengecat Rumah


Scraper

Kegunaan :
Membuang sisa-sisa cat lama sebelum proses mengecat bermula.
Menyumbat tepung penyumbat.
Mengikis karat pada keluli.




Paint Tape


Ada beberapa area pada dinding yang tidak perlu dicat ketika sedang mengecat dinding. Untuk itu, area ini perlu ditutupi dengan lakban atau paint tape guna melindunginya terkena noda cat.   khusus untuk cat dinding atau dikenal dengan nama painter’s tape.


  • Berus cat saiz besar
  • Berus cat size kecil
  • Roller cat
  • Batang Roller
  • Surat khabar atau canvas
  • Gunting atau pisau (nak buka tong cat)
  • Sarung tangan
  • Baju buruk (nak mengecat, pakai baju yang buruk2 sikit, atau baju yang sesuai dipakai untuk mengecat)

Perkara ini di atas ini rasanya tidak perlu saya terangkan dengan detailed kan kerana anda memahaminya dengan jelas.